Jumlah Lawatan

Tinggalkan Jejak Anda Disini, Terima Kaseh ;))

mari menanya Soalan

Saturday, May 8, 2010

Perkara Yang Paling asas dalam Photography

Nikon D3000 Pictures, Images and Photos

(Camera Nikon D3000, ianya merupakan Camera Entry level, sekarang ni ramai orang yang mampu untuk memiliki DSLR jenis ini)

Petronas Twin Tower

Ini sangat penting!!

Assalamualaikum semua. Kali ini nak kongsikan sedikit berkenaan perkara – perkara asas dan yang paling asas yang perlu kita ketahui untuk mula menghasilkan gambar dengan Digital Single Lens Reflex atau pun lebih dikenali sebagai “DSLR”. Sekarang ramai yang mempunya DSLR kerana ianya mampu dimiliki tapi tak ramai yang betul – betul faham dan mahir berkenaan perkara – perkara asas untuk menghasilkan gambar dari DSLR. Sebabnya kadang-kadang ramai orang yang tak faham, apakah tujuannya kita memiliki DSLR itu… Sekadar nak menunjuk-nunjuk, tak payahlah, gambar yang ditangkap pun macam seperti dari camera handset..

Baiklah, tak ingin bercakap banyak sangat berkenaan teknik dari sudut seni dan artistik tapi ingin jelaskan sedikit dari segi teknikal untuk menghasilkan gambar. Perkara yang paling asas yang sangat perlu dititik beratkan adalah tiga perkara iaitu Aperture, Shutter Speed dan ISO. Ianya Juga Dipanggil sebagai “Triangle Exposure” Jika kita faham dan mahir berkenaan tiga perkara ni maka kita sudah mampu menghasilkan gambar yang kita mahukan mengikut kreativiti kita. Pendeknya gambar-gambar yang cantik dan berkualiti..

Tiga Perkara Asas dalam cara-cara kita untuk mengsetkan Kamera kita adalah tiga perkara ini:

1: APERTURE

2:SHUTTER SPEED

3:ISO/ASA(camera Sensitivity)


5 Pictures, Images and Photos

Aperture : Aperture adalah bukaan lens atau kanta. Bukaan ini bertanggungjawab untuk mengawal kuantiti cahaya yang masuk dalam kamera. Semakin besar bukaan (semakin besar aperture / semakin kecil nilai f) semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera. Semakin kecil bukaan (semakin kecil aperture / semakin besar nilai f) maka hanya sedikit cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera. Aperture juga bertanggungjawab untuk menghasilkan background (kawasan di belakang subjek yang difokus) dan foreground (kawasan di hadapan subjek yang difokus) blur. Semakin besar aperture (semakin kecil nilai f), semakin blur background dan foreground. Semakin kecil aperture (semakin besar nilai f), semakin sharp background dan foreground.

Contoh aperture (nilai f kecil) besar adalah antara f/1.2 – f/2.8, manakala aperture sederhana adalah antara f/4 – f/8 manakala aperture kecil (nilai f besar) adalah antara f/11 – f/32.

Untuk menghasilkan background blur dan foreground blur yang maksimum, aperture yang besar perlu digunakan contohnya antara f/1.2 – f/2.8. Jika aperture yang lebih kecil digunakan kadar background dan foreground blur akan berkurang dan semuanya akan kelihatan lebih sharp.

Dalam keadaan kurang cahaya, aperture besar perlu digunakan supaya lebih banyak cahaya dapat masuk ke dalam kamera supaya shutter speed tidak terlalu rendah untuk kamera mengumpul cahaya dalam masa yang lama untuk mengelakkan kesan blur pada gambar yang disebabkan oleh pergerakan subjek atau tangan yang shaking.


Zinnia(50mm f/1.4 Ai)

Seperti gambar bunga zinnia merah ini Mengunakan Aperture seluas f/1.4 pada lens 50mm f/1.4 AI


7 Pictures, Images and Photos





6 Pictures, Images and Photos

Shutter Speed : Shutter speed adalah jangkamasa shutter kamera dibuka untuk membenarkan cahaya sampai ke sensor untuk sensor mengumpul cahaya. Terdapat beberapa peranan shutter speed yang utama iaitu untuk mengawal jangkamasa sensor terdedah kepada cahaya (untuk menghasilkan gambar yang elok dari segi dedahan iaitu tidak terlalu cerah atau terlalu gelap). Semakin tinggi shutter speed (semakin singkat masa dedahan), semakin sedikit cahaya dapat dikumpul. Semakin rendah shutter speed (semakin lama masa dedahan), semakin banyak cahaya dapat dikumpul. Ianya boleh diibaratkan baldi (sensor) untuk mengumpul air hujan (cahaya). Semakin lama terdedah kepada air hujan (cahaya), semakin banyak air di dalam baldi (semakin banyak cahaya dikumpul di sensor dan semakin cerah gambar). Shutter speed yang tinggi juga boleh digunakan untuk membekukan (freeze) pergerakan, contohnya orang yang berjalan akan kelihatan terhenti dan sebagainya. Shutter speed yang rendah akan menyebabkan kesan blur apabila terdapat sebarang pergerakan sama ada pergerakan subjek atau shaking pada tangan semasa mengambil gambar.

Pada DSLR Nikon nilai shutter speed akan dipaparkan pada LCD. Jika nilai yang dipaparkan adalah xxxx maka nilainya adalah 1/xxxx saat. Jika nilainya adalah xx” maka nilainya adalah xx saat.


8 Pictures, Images and Photos

ISO : ISO adalah kemampuan sensor kamera untuk boost kekuatan signal dari sensor untuk menaikkan sensitiviti sensor terhadap cahaya. Semakin tinggi ISO semakin sensitif sensor itu terhadap cahaya dan seterusnya tidak memerlukan shutter speed yang rendah untuk menghasilkan gambar yang bagus dan seterusnya mengurangkan risiko gambar blur disebabkan shaking ketika mengambil gambar pada shutter speed rendah. Dari sudut positif ISO yang tinggi bagus digunakan ketika dalam keadaan kurang cahaya untuk menghasilkan gambar yang elok tanpa kesan blur. Namun dari sudut negatifnya penggunaan ISO yang tinggi akan menyebabkan kesan noise dalam gambar iaitu gambar kelihatan berbintik – bintik. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kualiti gambar. Jadi jika boleh pastikan penggunaan ISO yang serendah mungkin sesuai dengan keadaan semasa.


Jadi apakah hubungan antara ketiga – tiga pembolehubah (aperture, shutter speed & ISO) ini? :

Ketiga – tiganya memainkan peranan untuk menghasilkan gambar yang tepat dan elok dari segi dedahan iaitu tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Jika aperture yang digunakan adalah kecil iaitu bukaan cahaya yang kecil maka shutter speed yang lebih rendah akan digunakan untuk mengumpul cahaya supaya cukup untuk menghasilkan gambar yang elok. Jika kita tidak ingin mengubah shutter speed kepada lebih rendah maka kita boleh tambahkan ISO supaya lebih sensitive kepada cahaya. Begitulah kaitannya.

Jika anda mampu menguasai ketiga – tiganya insyaAllah anda dapat menghasikan gambar mengikut kreativiti anda. Dan yang paling penting, konsep terhadap tiga perkara utama ini adalah untuk anda supaya mendapatkan gambar yang anda kehendaki iaitu gambo yang terang, tak gelap atau pun terlebih terang, gambar yang sharp tajam dan gambar yang tidak blur macam camera compact itu bila dalam keadaan yang tidak cukup cahaya dan tidak guna flash. Sebenarnya dalam buku manual tu terangkan dengan lebih jelas dari penjelasan saya di sini. Cuma ramai yang malas dan tak nakbaca buku manual, katanya susah sebab bahasa Inggeris la apa la, saya pun dulu rujuk satu persatu dalam kamus semasa baca buku manual. Sebab bila kita bersusah payah mendapatkannya kita akan menghargainya dan akan lebih ingat.


Tips penting :

1) Baca buku manual!! Jangan malas nak baca, ramai tanya berkenaan benda ini tapi bila tanya ada yang jawab tak faham la apa la, cuba fahami sendiri, nanti banyak kali baca akan faham la. Satu lagi jangan baca je buku manual, pegang kamera sekali supaya boleh cuba terus ape yang buku manual tu terangkan. Baca buku manual.. Baca buku manual.. Baca buku manual.. Tu penting. Sebab kalau anda dah faham buku manual anda tak perlu dah tanye saya sebab dalam tu dah ada segalanya.

2) Cuba sendiri.. Apa salahnya anda cuba dulu sendiri. Ramai orang tak cuba lagi tapi terus Tanya, apa cara nak hasilkan gambar macam tu dan macam ni. Bila anda cuba sendiri makin lama anda akan dapat konsep asasnya. Kene yakin dengan diri sendiri. Try an Error, dan practice make perfect, memang betul la tuh… Sumpah tak tipuu

3) Semua orang pun sama macam anda masa baru beli kamera tak tahu apa-apa benda. Lama – lama tengoklah nanti, memang confirm anda jadi superb daripada photographer-photographer yang lain. Yang penting jangan putus asa dan yakin dengan diri sendiri.

4) Cuba cari dalam buku manual macam mana nak guna mode P, A, S dan M. Bila anda dah kuasai tu terutama A dan M, dan ditambah lagi dengan penggunaan Aperture, Shutter Speed dan ISO insyaAllah nanti sekejap je anda boleh hasilkan gambar yang bagus – bagus.



10 Pictures, Images and Photos


Railway

Jika Anda baru memenggang atau pun baru sahaja hendak terlibat dalam bidang photography seperti ini, perjalanan anda masih lagi jauh.. banyak lagi perkara yang anda perlu belajar, kerana Photography merupakan lifetime learning... sampai tua pun anda tidak akan habis untuk belajar semua ini.... Jadi Teruskan Berusaha untuk berlajar ilmu-ilmu photography ini, kerana photography ini dan gambar-gambar yang anda tangkap merupakan sejarah yang anda rekod


Sekian Terima kasih =)



No comments:

Post a Comment

My Gears And Equipment ;)

Panggil Diriku Zharie

My photo
Seri Kembangan, Serdang, Selangor, Malaysia
Blog baru Saje DiCipta, maka baru nak belajar Buat blog, memang tidak mengerti apa-apa, sebab tidak reti untuk mengubah suai, Blog akan di Update dari masa ke semasa

Peminat Setia, Jutaan Terima kaseh Kerana Sudi mengikuti Blog sayer ;D