Jumlah Lawatan

Tinggalkan Jejak Anda Disini, Terima Kaseh ;))

mari menanya Soalan

Thursday, April 8, 2010

Angan-Angan dan Impian

How To Be Professional and Rich in Photography Idustries?

Angan-angan besar memerlukan duit yang besar, duit yang besar memerlukan perancangan yang besar, perancangan yang besar memerlukan visi yang besar, visi yang besar memerlukan angan2 yang besar.. so pusing2 je haha...

Jadi Berangan Tu Mesti Ader, hohooo... Jangan Jadi Seperti Angan-angan Mat Jenin Sudah...

Dreaming Pictures, Images and Photos
(gambar Hiasan)
Sebab Jikalau Hendak BerMimpi Sekali pun, kena la Tidur dahulu, heheh, Tidur pun best juga

Wednesday, April 7, 2010

Kisah Ali Seorang yang Gila

Maka tersebutlah kisah di sebuah kampung bernama Pinang 18, namanya sebegitu kerana hanya terdapat 18 pokok pinang kat kampung tu, kira banyak jugakkan...

Tinggal lah seorang yang gila bernama Ali(memang nama sebenar). Ali tinggal seorang diri setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia. Pondoknya terletak di hujung kampung. Ada orang kata, Ali ni mewarisi sifat gila dari bapanya..

Peristiwa tragis ini berlaku pada hari Jumaat. maka hendak dijadikan cerita, seperti hari2 Jumaat yang lain, Ali akan pergi ke masjid utk menunaikan solat Jumaat. sungguhpun dia ni gila..tapi dalam bab sembahyang dia tak pernah gila. Oleh itu kawan-kawan semua, contohi lah sikap Ali ni, janganlah miss solat. nanti kita lebih gila dari orang yang gila.

Setelah selesai solat, Ali pun macam biasa nak balik rumah dia. Puas dicarinya selipar buruk kesayangannya, tapi tak berjumpa jugak. Benganglah si Ali ni sebab selipar dia dah kena curi. Dengan tergesa2..Ali masuk balik ke dalam masjid dan terus menuju ke microfon. Apalagi...dia pun buat pengumuman dengan suara yg ala2 ganaz lagi brutal..

"Kepada sesiapa yg curik kasut aku, tolong pulang balik, kalau tak aku akan buat macam yg arwah bapak aku buat tahun lepas!!!!"

Maka takutlah orang kampung Pinang 18. Almaklumler...orang giler ni kalau nak mengamuk punyalah dahsyat. Kalau tak guna parang, mesti tak thrill.

Tetiba datanglah seorang budak dengan wajah yg pucat lagi takut menjinjing selipar buruk Ali. Sambil tersengih2 budak tu berkata...

"Alaaa abang ni.. saya nak bergurau pun tak boleh.."

Ali menjegilkan biji matanya tanda geram sesangat kat budak tu. Lintang-pukanglah budak tu lari. Setelah dapat selipar buruknya..Ali pun bersiap2 utk meninggalkan masjid. Pak Imam yg dari tadi memerhatikan kelakuan Ali cuba mendekatinya. Dengan rasa takut.. Pak Imam pun bertanya...

"Errrr...boleh aku tahu..apa yg arwah bapak ko buat bila dia tak dapat semuala selipar dia"


"Balik kaki ayamler..."jawab Ali dengan selamba rocknyerr..


p/s : Orang Gile pown Solat???, tak Tinggal Solat pown, Konklusinyer dan pengajarannya, Janganlah Tinggalkan Solat...


HARGA MURAH UNTUK KAWAN-KAWAN?

Ditujukan pada Orang-orang yang berniaga dan juga para photographer

Kita tentu selalu dengar ayat macam ni - "Takkan takde diskaun untuk kawan-kawan?" Ayat ni kita biasa dengar bila 'kawan' kita nak guna khidmat kita untuk rakam gambar untuk mereka... Masalahnya di sini:

1) Diskaun 'harga kawan-kawan' tu adakalanya tak munasabah. Dahlah mintak diskaun sampai kita hampir rugi, lepas tu nak free gift lagi, lepas tu nak kualiti ngalahkan anak raja... Dan yang paling peritnya, bila time nak bayar, bukan main liat lagi...

2) Kalau kawan yang mintak diskaun tu memang kawan lama dan kawan baik yang dah banyak berjasa, tak apa jugak. Memang dengan rela hati, saya boleh bagi FREE aje. Tapi masalahnya, jenis kawan yang hanya mengaku kawan bila nak guna khidmat kita. Kawan kepada kawan kepada kawan kita pun mengaku jadi kawan kita dan nak mintak diskaun. Teruk la macam ni...


Maaflah, wahai 'kawan-kawan', saya terpaksa bercakap yang benar untuk mengubah mentaliti orang kita. Sepatutnya, kalau ada kawan kita buat bisnes, kita bukan mintak harga murah, tapi, lebih baik kalau kita bayar dia harga yang sepatutnya untuk menyokong dan memajukan lagi bisnes kawan kita tu. Kalau asyik bayar murah, macamana orang kita nak maju berniaga?
Ada sorang kawan saya mintak saya shoot gambar kahwin dia. Disebabkan kawan saya ni banyak berjasa dengan saya, maka saya cakap kat dia, saya nak bagi FREE aje. Dia cakap, "Jangan bagi free. Kau charge berapa kau nak charge. Aku takut kalau kau bagi free nanti, aku dapat kualiti macam gambar free!" Saya respek dengan mentaliti dia ni. Dia faham pasal bisnes.

Saya ada sorang makcik yang jual nasi lemak. Dia ni baik hati dan selalu panggil kitaorang datang makan kat rumah dia. Satu hari tu, saya tak ada duit nak makan (ni cerita zaman dulu la ni...) So, saya pun pergi le ke gerai makcik saya ni dengan harapan nak makan nasi lemak free. Bila dah habis makan, makcik saya suruh saya bayar - dia tak bagi kurang satu sen pun! Saya kena bayar macam harga orang lain jugak. Prinsip dia, kalau berniaga kena tegas. Tak kira sedara ke, kawan ke, harga sama. Business is business. Saya belajar sesuatu dari dia...
Macam jugak satu cerita ni, saya pernah nak beli barang dari sorang tauke cina yang agak baik dengan saya. Saya mintak dia bagi diskaun RM 2 dari harga asal. Puas mintak, dia tak bagi jugak sebab tu dah best price katanya. Last sekali dia kata, "Kawan, ni harga sudah spesel, gua tak boleh kasi kurang, nanti gua rugi. Lu bayar ini harga, nanti gua belanja lu minum kopi, itu lain cerita"
So, saya faham, tauke ni ada prinsip. Dia berniaga mesti ada untung. Tapi, kalau di luar bisnes dia, dia boleh 'rugi' untuk belanja kawan minum kopi. Macam makcik saya yang jual nasi lemak tu jugak, rajin belanja sedara mara makan kat rumah dia dan selalu bagi hadiah kepada anak-anak buah. Tapi, kalau nak beli barang dengan dia, strictly no diskaun! Again, business is business.
Sekarang ni kalau ada kawan-kawan atau sedara-mara yang tak faham pasal bisnes datang nak mintak khidmat kami, saya dengan baiknya akan menolak dengan berkata, "Maaflah, tak boleh buat job tu, kami dah ada job lain...."
Apa pendapat anda? Mari kita kongsi bersama...

Sejam RM 20(Kisah seorang bapa dgn anaknya)

Bila ayahnya pulang....,
Budak: ayah, berapa gaji ayah sejam??
Ayah: Buat aper ko sebok nak tahu??(menjegilkan mata)
Budak: (menundukkan kpala) adik nak tahu...
Ayah: Rm 20, knapa?
Budak: Boleh adik pinjam RM 10?(muka penuh mgharap)
Ayah: Kau nak buat aper dgn duit sebyk 2?? Beli mainan?? Dah!! Ayah penat!!(menengking)

Dgn air mata yg brlinangan, budak e2 masuk ke dlm bilik....Melihatkan
keadaan anaknya, ayah itu menjadi serba salah.."mungkin dia perlu duit",
fikir ayahnya..
Ayah itu pon msuk ke dlm bilik ayahnya...
Ayah: Nah RM 10, Guna elok2..,jimat sket..,
Budak: (terkezut n senyum) mekaseh ayah..
Kemudian,
bdk e2 mngeluarkn Sekeping duit krtas RM 10 dr bntalnya dn mncmpurkn
dgn duit RM 10 yg biberi ayahnya....Melihatkn itu ayahnya mulai marah..
Ayah: Kan kau dah ada RM 10..,knapa minta lagi 10 dari ayah...
Budak:
(mghulurkan RM 20 kpd ayahnya) Ayah ambillah RM 20 ni..,adik nak beli
masa ayah sejam...esok ayah balik awal dan kita mkn mlm bersama2 ya...
Ayah:(trsentak dn memeluk anknya....)

KISAH MULUT CELUPAR GADIS DALAM BAS : TEMPAHKAN BILIK KE NERAKA JAHANAM

Wallahua’lam. Tak tau ni betul ke tidak cerita ni. Cuma jadikanlah pengajaran…jangan mencabar kekuasaan Allah SWT…

neraka Pictures, Images and Photos


PERNAH suatu ketika dahulu diceritakan tentang kisah mayat rentung dalam bas ! . Mengikut sumber yang dipercayai,mayat gadis itu adalah mayat seorang gadis yang meninggal dunia secara tiba-tiba selepas beberapa minit dia berada dalam bas dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke satu destinasi. Kisah ini berlaku dalam sebuah bas yang baru saja berhenti di satu perhentian untuk mengambil penumpang.Pada masa itu,seorang gadis ayu dan kelihatan begitu genit berumur dalam lingkungan 20an menaiki tangga bas dengan cara yang gak payah sikit kerana ia memakai skirt pendek dan cukup ketat menyebabkan pergerakkannya terhad bila melangkah.Dari bentuk rupa dan warna kulitnya,semua orang dapat mengagak bahawa gadis itu adalah anak Melayu dan sudah tentunya beragama Islam.Walau bagaimanapun dari bentuk pakaiannya bermini skirt,berbaju t-shirt yang menampakkan ketiak dan pusat serta fesyen rambutnya yang begitu menjolok mata menjadikan gerak gerinya dalam bas itu mendapat perhatian penumpang-penumpang lain.Semua mata yang berada dalam bas itu tertumpu kepadanya terutama mata lelaki sehingga ada yang terbeliak melihatnya.Gadis itu tidak ambil kisah kerana dia memang sudah menjangka dirinya akan menjadi tumpuan ramai.Memang itulah perkara yang sangat disenanginya.Secara kebetulan ada satu tempat kosong bersebelahan dengan seorang wanita tua bertudung kepala.Wanita tua yang sudah beruban putih di kepala itu memberi laluan kepadanya supaya duduk di tepi tingkap.Sambil menjeling kepada gadis genit yang berpakaian menjolok mata itu,wanita tua tersebut tiba-tiba bersuara secara yang tidak akan menyentuh perasaan orang lain .

” Anak,lebih elok kalau kamu berpakaian sopan yang sesuai dengan adat kita orang Melayu dan menutup aurat sebagaimana yang disuruh oleh agama kita Islam…“ .

Gadis genit yang baru duduk itu berpaling dan merenung muka perempuan tua tersebut dengan mata yang tidak berkedip-kedip.Dia tidak menjangka perempuan tua itu akan berkata begitu kepadanya yang tidak dikenali langsung.Dengan serta merta darah muda yang mengalir di dalam tubuhnya itu memenuhi bahagian mukanya sehingga kelihatan merah yang amat ketara . Siapakah perempuan tua ini yang begitu lantang bermulut ‘ leser ‘ mengambil tahu hal orang lain yang tidak ada kena mengena dengannya ? . Apakah hak dia berkata begitu kepada aku yang tidak dikenalinya ? kenapa dia begitu berani menjaga tepi kain orang lain sehingga tidak teragak-agak lagi memberi nasihat kepada aku ? . Sambil merenung tepat ke muka orang tua yang sedang memandangnya itu,gadis itu pun menjawab dengan suran lantang secara mengejek ,

” Makcik…….Saya tak kenal siapa Makcik ni. Apa hak Makcik berkata begitu pada saya ? Mak ayah saya sendiri pun tak pernah cakap macam tu.Bila mati nanti kubur kita masing-masing makcik ooiii !! .Kalau nanti kubur makcik ada air-cond tentu makcik tak tau macam mana pulak kubur saya. Apa makcik ada memegang kunci pintu syurga ke sehingga dapat menentukan siapa yang akan masuk ke dalamnnya nanti ? “ .

Suaranya itu cukup kuat sehingga dapat didengari oleh hampir-hampir semua penumpang dalam bas tersebut menyebabkan ramai yang merenung kepadanya dengan mulut terlopong.Sambil mengetapkan bibirnya menahan perasaan marah dia merenung lagi wajah perempuan tua yang pada masa itu hanya terdiam tidak menjangka gadis tersebut akan bertindak demikian . Secara spontan kemudiannya membuka beg tangan yang disandangnya lalu mengeluarkan sekeping kad kecil dan menghulurkannya kepada perempuan tua tersebut .

” Nah……. Ini dia kad saya dengan nombor telefon sekali. Saya harap makcik boleh tolong bagi tahu Allah, saya ingin menempah satu bilik di neraka jahanam.Kalau boleh,mintak Allah terus menghubungi saya adakah bilik di neraka jahanam tu masih ada yang kosong ? “ .

Sungguhpun jawapan gadis itu sangat menghiris hati perempuan tua tersebut,namun ia hanya mendiamkan diri saja sambil mengambil kad yang dihulurkan kepadanya.Gadis itu menyambung lagi ,

” Saya tempah bilik dalam neraka jahanam tu sebab saya tahu tempat itu dah jahanam . Apa kita nak takut lagi ?….. Tolong telefon saya bila makcik dapat bilik tempahan saya dalam neraka jahanam tu… ok ? “ .

Katanya dengan nada mengejek sambil tersenyum sinis.Orang tua itu hanya terdiam dan tidak menjangka sama sekali seorang gadis genit seperti itu sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu sehingga bersedia mencabar kekuasaan Allah.Apa yang dapat dilakukannya Cuma mengurut dada sambil berisytighfar .Selepas itu kedua-duanya tidak berkata apa-apa lagi. Masing-masing mengelamun dengan cara tersendiri sehinggalah bas itu pun tiba ke perhentiannya di Bandar.Ketika semua orang sudah bangun untuk berjalan turun dari bas,kelihatan gadis genit itu masih tidur dengan kedudukan yang agak selesa.Pada mulanya perempuan tua tersebut ingin membiarkan saja,tetapi dirasakannya tidak sampai hati pula.Oleh itu dengan penuh hati-hati dia menghulurkan tangannya memegang bahu gadis itu sambil berkata ,

” Bangun nak…… kita dah sampai , “
Reaksi gadis itu Cuma negatif saja kerana matanya masih tetap tertutup rapat.Perempuan tua itu menjadi semakin berani,lalu digoncang-goncangnya badan gadis itu,namun masih tetap tiada respon.Ia ternyata masih tidur.Apabila telah agak lama gadis itu masih tetap tidur juga menyebabkan pemandu bas itu menjadi tertarik hati lalu menghampiri perempuan tua itu sambil bertanya ,

” Kenapa Makcik ? “

” Kesian budak ni tidur lena betul.Dah sampai pun masih tak nak turun lagi,” jawab orang tua itu .

Merasa tertarik dengan kedudukan gadis itu dan cara matanya tertutup menyebabkan pemandu bas tersebut menghampirinya.Mulanya dia cuba memegang bahu gadis itu sambil menggoyang-goyangkannya.Ap
abila masih tiada reaksi apa-apa dia terus memegang tangan gadis itu .

” Ya Tuhan…!! Dia dah meninggal dunia…. “ . Katanya terkejut .

Perempuan tua itu terkejut besar mendengar kata-kata pemandu bas itu tetapi dia hanya mendah tangan ke langit membaca surah Al-Fatihah.Pemandu bas itu turun dan sebentar kemudian datang semula dengan dua orang kawannya – Seorang lelaki dan seorang wanita.Mereka kemudiannya cuba mengangkat mayat gadis itu untuk di bawa turun tetapi satu kejadian aneh telah berlaku.Mayat gadis itu tiba-tiba kelihatan bertukar warna menjadi hitam legam seolah-olah rentong dibakar api.Bila mereka cuba menyentuhnya untuk mengangkat,tangan mereka terasa kepanasan yang sangat luar biasa.Begitulah yang terjadi setiap kali mereka cuba menyentuhnya.Setelah tidak berjaya mengangkatnya mereka pun hanya menunggu pihak ambulans untuk menguruskan mayat tersebut.Dari kad pengenalan dalam beg tangannya diketahui bahawa gadis itu adalah anak seorang berada dan mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat.Ibu bapanya terlalu sibuk dengan urusan mengumpulkan wang dan mengejar kedudukan sehingga mereka tidak ada langsung masa terluang untuk mendidik anak mereka dengan asuhan agama yang cukup sempurna.Ketika kejadian tersebut berlaku dia baru 2 minggu pulang dari melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat.Di Negara itu dia bebas lepas melakukan sekehendak hatinya tanpa ada sesiapa yang berani menentangnya.Nama yang tertulis pada Kad Pengenalannya sebagai nama seorang Islam hanya menentukan bakanya saja beragama Islam,sedangkan pada hakikatnya dia tidak mengerti apa-apa tentang Islam.

Bersegera untuk Taubat

Pedas, tapi tetap saja mengulanginya, mungkin itu ungkapan yang pas untuk menggambarkan kondisi manusia yang tidak bisa terlepas secara utuh dari kesalahan dan dosa. Tidak ada manusia yang tidak berdosa kecuali para Nabi yang sudah dipelihara kesucian mereka oleh Allah. Adalah wajar apabila seseorang melakukan dosa kemudian bertaubat dari dosa yang baru saja ia lakukan dan itu adalah hal yang paling baik baginya. Namun tidak wajar dan bahkan sangat celaka bila ia berkesinambugan dalam melakukan dosa tersebut tanpa ada sedikitpun merasa bersalah, berlalu tanpa taubat kepada Penciptanya.



JANGANLAH ENGKAU BERJALAN DI MUKA BUMI DENGAN SOMBONG.SESUNGGUHNYA ENGKAU TIADA DAPAT MENEMBUS BUMI DAN TIDAK AKAN SAMPAI ENGKAU SETINGGI GUNUNG

Nikon D300s


Kenapa Cerita Nikon D300s ini Dekeluarkan? Ini keran aku ini suda lama tidak Outing, dan kesian pada camera ku itu kerana sudah lama tidak sensornya didedahkan pada cahaya...

Jadi Nak la Cerita Sedikit Sebanyak mengenai Camera DSLR ini, kelebihan dia, kemampuan dia dan ciri-ciranya

Nikon D300s Ini telah pun Dimiliki pada 31 Januari 2010, selepas seminggu daripada tarikh itu, body D300s pun telah mendapat pasangan kekalnya, iaitu Vertical Grip, "MB-D10" maknanya pada tarikh itu, suda lebih 2 bulan la telah bersama dengan Aku...

Nikon D300s ini merupakan camera DSLR yang bersensorkan APS-C sendiri atau lebih dikenali sebagai crop sensor atau pun DX-Format kerana ukuran sensornya yang lebih kecil dari ukuran filem 35mm iaitu 25mm saja, camera yang bersensor penuh iaitu 35mm ataupun lebih dikenali sebagai Full-Frame Sensor ataupun FX-Format.. Tetapi Camera Nikon D300s merupakan berada level High End model..

Nikon D300s mungkin hanya menambah satu kelebihan iaitu boleh merakam Video HD movie pada produk lamanya D300(tanpa huruf s) tapi D300s tetap lah menjadi DSLR Nikon tercanggih di kelas APS-C. Camera Semi-Pro ini mempunyai keunggulan di jumlah titik AF yang begitu banyak di jumlah 51 titik autofocus, yang sama dengan camera-camera profesional iaitu seperti Full-Frame D700 dan D3 Series. Masa mula-mula guna, memang pening, bayangkan dari camera 7 autofocus point(D70s) telah bertukar pada Camera yang mempunyai 51 autofocus Point, memang pening, tidak tahu hendak difocus yang mana... Selain itu Nikon D300s ini sudah dilengkapi dengan dual memory card storage, yang boleh menggunakan 2 jenis kad memory yang berbeza jenis, iaitu CF Card Dan SD Card.. Nikon D300s ini beresolusi 12.3 megapixel saja, dan itu pun sudah lebih daripada cukup.

Selain itu, D300s ini berbody "Magnesium Alloy" yang sangat Teguh, Body metal la katakan, Sebuah camera logam yang juga boleh dikatakan berat. D300s ini mempunyai Coverage veiw Finder seluas 100%, yang boelh dikatakan luas, tapi tidak la seluas viewfinder Full-Frame Camera. Skrin LCD Nya adalah 3 inci, yg memang Besar, puas hati melihatnya.. huhu.. selain itu aku sangat mengagumi dengan kelebihan ISO nya...


Selain itu buat pertama kalinya(gambar lens bawah ini) lens manual, yang tiada konteks CPU, elektroniknya, jadi ia bermaksud metering untuk mendapatkan exposure yang sihat boleh berfungsi, bayangkan Lens lama dari tahun 70-an pun meteringnya boleh berfungsi dengan baik...

tapi dengan adanya camera baru ini dapat lah menghasilkan gambar-gambar yang lebih baik

Why Photographer Charge This "Way"



gambar perkahwinan Pictures, Images and Photos
A wedding is the most unforgettable and the best moment in someone’s life. Preparing it isn’t a simple and easy task. There are many things that you have to arrange just before the wedding date is coming. One of the most important things that you ought to be conscious of is about the photography.

It’s said that once you mention the word “wedding,” prices quadruple. Wedding photography in particular can seem outrageously priced at times. Why on earth do you have to spend so much money just for some photographs?
Well, a photographer’s job isn’t as easy as showing up and taking a bunch of snapshots. An independent photographer is running a business. Businesses have operating cost and they take hard work to build and maintain.

A Photographer’s Expenses

photographer kids Pictures, Images and Photos

• Equipment. High quality camera bodies can cost RM15,000. Lenses – which the photographer will need several of to capture different parts of the ceremony and reception – can cost RM6,000 each. And at 2,000 to 3,000 frames per wedding, even a good camera will need to be replaced every couple of years. Then there are flashes, light meters, tripods, camera bags and other miscellaneous gear.
• Taxes. Your photographer is (or should be) paying taxes on every dollar they makes, just like everyone else.
• Advertising. Word of mouth is great, but a photographer needs to keep his name out there. Advertising on Majalah Pengantin, one of the most prominent wedding planning resources around, costs at least RM2,000 per year.

Other Factors That Determine A Photographer’s Pricing
Hidden Work. A photographer doesn’t work for you only on the day of your wedding. Every meeting with potential clients is an investment of his time, whether he gets the job or not. Your photographer will spend time with you before the wedding to go over your plan for the day, your required shot list, and the design of any albums you may wish to purchase.
Once the wedding is shot, your photographer will spend hours editing, retouching, and color-correcting hundreds of images and then creating an album and online gallery of your wedding photos.

Intangible Artistry. Photography is a skill and an art. A professional doesn’t simply memorize what all the camera buttons do; he or she is able to capture the beauty and emotion of your day in a unique way. Good photos are more than just technically correct, they are special.

Like professionals in some other field, wedding photographers have worked out their pricing scheme for a reason, and it’s not just to part you from your money! Professional photographs are a magnificent way to capture your memories. They are not necessary, but they are priceless.

You should never feel pressured into paying more than you want to pay for wedding pictures, but neither should you assume that higher prices are simply a scam or a ripoff.

Once the cake is eaten and the flowers wilted, your photos (and your marriage!) are what you have left. A good photographer will supply you with photos that are praiseworthy of becoming part of your family’s record.

p/s: Artikel yg yang Di copy

Tuesday, April 6, 2010

APAKAH ITU DEMAM DENGGI?

Demam Denggi adalah sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang disebabkan oleh virus denggi

Kes Demam Denggi kini telah kembali merebak dengan ganasnya

Penyakit ini merebak melalui gigitan nyamuk Aedes

Pada masa ini tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini. Oleh itu pencegahan amat penting.


TANDA-TANDA

Demam kuat yang mengejut dan berterusan.
Bintik-bintik merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot,sendi-sendi, biji mata dan kepala
Berdarahpada badan, hidung dan mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut




HAPUSKAN TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN AEDES

Tutup semua bekas menyimpan air atau bubuh ubat pembunuh jentik-jentik di dalamnya
Tukar air dalam bekas jambangan bunga tiap-tiap minggu
Buang air dari piring pengalas pasu bunga
Periksa saluran air hujan dan pastikan air tidak bertakung
Masukkan semua bekas yang boleh menakung air sperti tin dan botol ke dalam beg plastik dan buangkan di tempat yang disediakan.
HAPUSKAN NYAMUK AEDES DEWASA
Penggunaan racun serangga di dalam rumah boleh membunuh nyamuk Aedes dewasa

Melalui semburan kabus(fogging). Untuk semburan kabus yang berkesan, orang ramai diminta memberi kerjasama untuk membenarkan semburan kabus dilakukan di di dalam rumah...





Seperti Kisah yang lalu, iaitu Pemergian Seorang pelawak terkenal Allahyarham Din Beramboi


Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas menghidap demam denggi berdarah(dengue shock syndrome) beberapa minggu yang lalu.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah(dengue shock syndrome) dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.


Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18. Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat.

Al Fatihah Buat Din Beramboi...







jadi, Kes Denggi Ini tidak Boleh Dibawa Maen2, Skrg ini Kes denggi Sedang Merebak dgn ganas nyer..

kes Denggi ini juga telah byk meragut nyawa...

Kata-kata Aluan


(Gambar atas Ini Merupakan gambar Nikon D3s, iaitu DSLR Professional Idaman setiap Pengguna Nikon, Harga dalam 15K untuk bodynya saja)

Salam...

Pertama sekali nak gunakan kata ganti diri "aku" Sebab malas nak ber"saya", hehee...

Entri Pertama, Sudah Tentulah nak kata yang Blog ini baru Dibuat

Inilah buat Pertama Sekali aku membuat Blog. Blog Ini telah Dibuat/dicipta di atas Permintaan Orang ramai... tak reti pun nak buat-buat blog ini, perlu dibelajar nampaknya

Blog ini telah secara rasminya di "create" pada 7 haribulan April 2010 pada hari Rabu yang juga bersamaan dengan 22 Rabiualakhir 1431 yang Sepatutnya menyemak kemasukan Ke UPU, hehee..

Suda lama niat dihati untuk membuat Blog sendiri atas desa kan orang ramai dan juga satu mimpi(memang asyik kata-kata menyuruh membuat blog ini) sepatutnya dari awal tahun 2009 lagi buat, kerana pada tahun 2009 itu pelbagai kisah dan kenangan telah berlaku dan banyak gambar yang boleh di kongsikan bersama...

Blog ini akan menceritakan Sedikit sebanyak mengenai Kisah diri sendiri(walaupun tiada apa yang hendak diceritakan, kehidupanKu sangat ringkas dan tiada pun yang menarik)

Jamuan Bersama Mpp

Aku Ini hanyalah Seorang manusia biasa dengan kamera Nikonnya, yang suka sangat-sangat mengambil gambar, hahah... hasil karyaku mungkin tak seberapa, tapi itu sajalah yang terdaya... aku ini masih ditahap amatur lagi, banyak lagi yang perlu dibelajar, kerana aku berpendapat ilmu photography merupakan lifetime learning, iaitu ilmu sepanjang hayat, sampai mati pun tidak akan abes belajar ilmu-ilmu sebegini...

Gambar-gambar lama mungkin akan diletakkan sekali untuk menceritakan sebanyak sedikit mengenai gambar-gambar tesebut



Blog ini seterusnya akan menjadi blog lebih kepada blog photography, kerana aku Seseorang yang sangat berminat dengan dunia photography, ingin cuba menjadi terbaik daripada yang terbaik... Akan cuba untuk berkongsi kan sebanyak sedikit ilmu photography yang ada Insya'Allah, dan berterima kasih pada semua rakan yang telah pun menyokong... TQVM

Sekian Terima kasih kerana sudi membaca Coleteh ini, Salam pengenalan

My Gears And Equipment ;)

Panggil Diriku Zharie

My photo
Seri Kembangan, Serdang, Selangor, Malaysia
Blog baru Saje DiCipta, maka baru nak belajar Buat blog, memang tidak mengerti apa-apa, sebab tidak reti untuk mengubah suai, Blog akan di Update dari masa ke semasa

Peminat Setia, Jutaan Terima kaseh Kerana Sudi mengikuti Blog sayer ;D