Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tiang lampu dan terbalik..
Kesemua
penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita
tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor
monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa
sedikit luka pun
Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu…
lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh
keterangan mengenai kejadian tersebut..
Polis: “Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?” Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
Polis: “Oh…kereta terbalik beberapa kali… jadi apa yang dilakukan oleh
lelaki tua itu?” Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan
minum arak..
Polis: “Oh…lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?”
Si
monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang
sedang bertengkar. “Oh…okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan
anak2nya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa
monyet?” Dan… si monyet kemudian menirukan gaya memandu…
No comments:
Post a Comment