Demam Denggi adalah sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang disebabkan oleh virus denggi
Kes Demam Denggi kini telah kembali merebak dengan ganasnya
Penyakit ini merebak melalui gigitan nyamuk Aedes
Pada masa ini tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini. Oleh itu pencegahan amat penting.
TANDA-TANDA
Demam kuat yang mengejut dan berterusan.
Bintik-bintik merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot,sendi-sendi, biji mata dan kepala
Berdarahpada badan, hidung dan mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut
HAPUSKAN TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN AEDES
Tutup semua bekas menyimpan air atau bubuh ubat pembunuh jentik-jentik di dalamnya
Tukar air dalam bekas jambangan bunga tiap-tiap minggu
Buang air dari piring pengalas pasu bunga
Periksa saluran air hujan dan pastikan air tidak bertakung
Masukkan semua bekas yang boleh menakung air sperti tin dan botol ke dalam beg plastik dan buangkan di tempat yang disediakan.
HAPUSKAN NYAMUK AEDES DEWASA
Penggunaan racun serangga di dalam rumah boleh membunuh nyamuk Aedes dewasa
Melalui semburan kabus(fogging). Untuk semburan kabus yang berkesan, orang ramai diminta memberi kerjasama untuk membenarkan semburan kabus dilakukan di di dalam rumah...
Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas menghidap demam denggi berdarah(dengue shock syndrome) beberapa minggu yang lalu.
Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah(dengue shock syndrome) dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan termasuk anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18. Jenazah dijangka dibawa ke kediamannya di Taman Ehsan, Kepong dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat.
Al Fatihah Buat Din Beramboi...
jadi, Kes Denggi Ini tidak Boleh Dibawa Maen2, Skrg ini Kes denggi Sedang Merebak dgn ganas nyer..
kes Denggi ini juga telah byk meragut nyawa...
No comments:
Post a Comment