Jumlah Lawatan

Tinggalkan Jejak Anda Disini, Terima Kaseh ;))

mari menanya Soalan

Monday, May 10, 2010

SIAPAKAH KITA????

asian honey bee Apis cerana

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Sama-sama kita renungkan...

Sunday, May 9, 2010

10 Peringatan Bumi

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Saturday, May 8, 2010

Komposisi dalam Fotografi


House Fly

Asas komposisi dalam fotografi amat penting. Walaupun ianya nampak macam tak berapa canggih, tapi sedikit sebanyak boleh memberikan perbezaan kepada penampilan sesuatu imej fotografi.


Komposisi diertikan sebagai cara menata elemen-elemen dalam gambar, elemen-elemen ini merangkumi garis, shape,form, warna, terang dan gelap.Yang paling utama dari aspek komposisi adalah menghasilkan visual impact- sebuah kemampuan untuk menyampaikan perasaan yang anda inginkan untuk berkarya dalam foto anda. Dengan demikian anda perlu mengatur sedemikian rupa agar tujuan anda tercapai, adakah itu untuk menyampaikan kesan statik dan diam atau sesuatu yang mengejutkan atau berbeza. Dalam komposisi klasik selalu ada satu titik perhatian yang pertama menarik perhatian. Hal ini terjadi kerana penyusunan posisi, subordinasi, kontras cahaya atau kehebatan subjek dibandingkan dengan persekitarannya atau pengaturan sedemikian rupa yang membentuk arah yang membawa perhatian pengamat pada satu titik.

Secara keseluruhan, komposisi klasik yang baik memiliki keseimbangan yang baik. Ada keseimbangan antara gelap dan terang, antara bentuk padat dan ruang terbuka atau warna-warna cerah dengan warna-warna gelap. Pada kesempatan-kesempatan tertentu, bila diperlukan mungkin anda akan memerlukan komposisi anda seluruhnya secara simetri. Seringkali gambar yang anda buat lebih dinamik dan secara visual lebih menarik bila anda menempatkan subjek ditengah. Anda harus menghindari sebuah garis pembahagi biarpun itu vertikal.

Untuk menghindari sebuah gambar yang dinamik diperlukan juga kehadiran irama. Irama ini terjadi kerana adanya pengulangan berkali-kali sebuah objek yang berukuran kecil. Kehadiran irama dalam gambar mengesahkan adanya suatu gerakan.

  • Garis
    Fotografer yang baik kerap menggunakan garis pada karya-karya mereka untuk membawa perhatian pemerhati pada subjek utama. Garis juga dapat menimbulkan kesan kedalaman dan memperlihatkan gerak pada gambar. Ketika garis-garis itu sendiri digunakan sebagai subjek, yang terjadi adalah gambar-gambar menjadi menarik perhatian. Tidak penting samada garis itu lurus, melingkar atau melengkung, membawa mata keluar dari gambar. Yang penting garis-garis itu menjadi dinamik.


  • Shape
    Salah satu formula paling sederhana yang dapat membuat sebuah foto menarik perhatian adalah dengan memberi keutamaan pada sebuah elemen visual. Shape adalah salah satunya. Kita menganggap shape sebagai outline yang tercipta kerana sebuah shape terbentuk pada inti, subjek foto, gambar dianggap memiliki kekuatan visual dan kualiti abstrak. Untuk membuat shape menonjol, anda harus mampu memisahkan shape tersebut dari lingkungan sekitarnya atau dari latar belakang yang terlalu banyak. Kontras ini terjadi akibat daripada perbezaan gelap terang atau perbezaan warna.
    Sebuah shape sudah tentu tidak berdiri sendiri. Ketika masuk kedalam sebuah pemandangan yang mempunyai dua atau lebih shape yang sama, kita juga dapat meng-crop salah satu shape untuk memperkuat kualiti gambar.

  • Form
    Ketika shape sendiri dapat mengindentifikasikan objek, form diperlukan untuk memberi kesan padat dan tiga dimensi. Hal ini merupakan faktor penting untuk mencipta kesan kedalaman dan realiti. Kualiti ini tercipta dari bentukan cahaya dan tone yang kemudian membentuk garis-garis dari sebuah objek. Faktor penting yang menentukan bagaimana form terbentuk adalah arah dan kualiti cahaya yang mengenai objek tersebut.

  • Tekstur
    Sebuah foto dengan gambar tekstur yang menonjol adalah merupakan sebuah bentuk kreatif dari shape atau pattern. Jika memadai, tekstur akan memberikan realisasi pada foto, membawa kedalaman dan kesan tiga dimensi ke subjek anda.
    Tekstur dapat dilihat jelas pada dua sisi yang berzeda. Ada tekstur yang dapat dijumpai bila kita mendekatkan diri pada subjek untuk memperbesar apa yang kita lihat, misalnya semasa ingin merakam tekstur permukaan sehelai daun. Ada pula masa dimana kita harus mengulangi kerana subjek yang kita tuju adalah pemandangan yang sangat luas. Tekstur juga muncul ketika cahaya menerpa sebuah permukaan dengan sudut rendah, membentuk bayangan yang sama dalam area tertentu.
    Merakam tekstur dianggap berhasil bila perakam dapat menghubungkan sedemikian rupa sehingga pemerhati foto seolah dapat merasakan permukaan tersebut bila menyentuhnya. Sama seperti pattern, tekstur paling baik ditampilkan dengan beberapa variasi dan nampak melebar hingga keluar batas gambar.

  • Pattern
    Pattern yang berupa pengulangan shape, garis dan warna adalah elemen visual lainnya yang dapat menjadi perhatian utama. Keberadaan pengulangan itu menimbulkan kesan harmoni dalam gambar. Tapi jika terlalu banyak keseragaman akan mengakibatkan gambar menjadi membosankan. Rahsia penggunaan pattern adalah menemukan variasi yang mampu menangkap perhatian pemerhati.
    Pattern biasanya paling baik diungkapkan dengan merata. Walaupun pencahayaan dan sudut viewfinder kamera membuat sebuah gambar cenderung kurang kesan kedalamannya dan memungkinkan sesuatu yang berulangkali menjadi menonjol.

Dengan mempelajari prinsip-prinsip komposisi di atas, berikut ini adalah beberapa jenis yang dapat anda gunakan :

  • Rule of thirds
    Salah satu asas yang utama dalam fotografi dan mana2 bentuk seni tampak. Jurufoto yang berpengalaman (bukan Camera man ok!), memang guna peraturan ni.. berdasarkan pengalaman saya, ia memberikan kesan yang baik dan foto nampak lebih menonjol berbanding biasa. Bayangkan ada garis-garis panduan yang membentuk sembilan buah empat persegi panjang yang sama besar pada sebuah gambar. Elemen-elemen gambar yang muncul di sudut-sudut persegi panjang pusat akan mendapat daya tarik maksimum.


Cemana? Masa nak tangkap gambar dah tentu pasti subjeknya, bahagikan imej kepada sembilan bahagian. Contoh mcm dibawah..

paktuapaktua_rot

Mata kita memang akan memfokuskan kepada setiap persimpangan garisan2 tegak dan melintang. Dalam contoh potret di atas, saya telah menyunting foto ini mengikut peraturan ini, yang mana titik fokus saya adalah matanya.. jika dilihat, seolah2 hampir ada pertentangan mata antara subjek dengan kita kan?

  • Format : Horizon atau Vertikal
    Proporsi empat persegi panjang pada viewinder memungkinkan kita untuk melakukan rakaman dalam format landscape/horizontal atau vertikal/portrait. Perbezaan pengambilan format dapat menimbulkan efek berbeza pada komposisi akhir. Lihatlah pada viewfinder secara horizontal maupun vertikal dan tentukan keputusan kreatif untuk hasil terbaik.
  • Keep it simple
    Dalam beberapa keadaan, pilihan terbaik adalah keep it simple. Sangat rumit bagi orang yang melihat sebuah foto apabila terlalu banyak titik yang menarik perhatian. Umumnya makin banyak subjek sebuah gambar, makin kurang menarik gambar itu. Cuba memfokus hanya pada satu titik perhatian dan maksimakan daya tarikannya. Contohnya seperti gambar dibawah ini, Seorang gadis dengan hanya belatar belakangkan yang kosang dan kemas. Strawberry Girl
  • Picture scale
    Sebuah gambar yang nampak biasa namun menjadi menarik kerana ada sebuah titik kecil yang menarik perhatian. Dengan rakaman landscape atau monument, kembangkan daya tarikan perakam dengan menambahkan objek yang diketahui besarnya sebagai titik perhatian untuk memberikan kesan perbandingan skala.
  • Horizontal
    Mengubah keseimbangan langit dan tanah dapat mengubah pemandangan gambar secara radikal. Bila gambar hampir dipenuhi oleh langit akan memberikan kesan polos terbuka dan lebar tapi bila langit hanya ditinggalkan sedikit di bahagian atas gambar, akan timbul kesan penuh.
  • Leading Lines
    Garis yang membawa mata orang yang melihat foto ke dalam gambar atau melintasi gambar. Umumnya garis-garis ini berbentuk :
    Garis-garis yang terlihat secara fizik contohnya garisan jalan atau tidak terlihat secara langsung misalnya bayangan, refleksi. lebah
  • Be different
    Barangkali ada sudut lain yang dapat diambil selain sudut dari depan dan merakam paralel ke tanah. Bergerak mendekat dari yang diduga seringkali menghasilkan efek yang menarik.
  • Colour
    Membuat bahagian dari gambar menonjol dari background. Cara utama untuk mendapatkannya adalah memperoleh subjek yang warna atau tone nya berbeza secara radikal dengan background.
  • Framing
    Bila subjek secara khusus mempunyai bentuk yang kuat, penuhkan frame dengan subjek. Samada dengan cara menggunakan lensa dan fokus lebih panjang atau bergerak mendekati subjek.
  • Shooting position
    Ketika kita merasa bosan dengan komposisi yang sama, cubalah mengubah sudut pandangan sepenuhnya. Misalnya posisi duduk ke posisi berdiri atau pengambilan sudut dari atas atau bawah dari subjek.
  • Number of subject
    Merakam dengan banyak subjek yang relatif seragam kurang menarik dari pandangan komposisi. Temukanlah salah satu subjek yang ‘berbeza’ diantara kebanyakan subjek tersebut. Berbeza diertikan sebagai berbeza gerakan, bentuk dan warna.
P/S: Artikal yang Diolah

Perkara Yang Paling asas dalam Photography

Nikon D3000 Pictures, Images and Photos

(Camera Nikon D3000, ianya merupakan Camera Entry level, sekarang ni ramai orang yang mampu untuk memiliki DSLR jenis ini)

Petronas Twin Tower

Ini sangat penting!!

Assalamualaikum semua. Kali ini nak kongsikan sedikit berkenaan perkara – perkara asas dan yang paling asas yang perlu kita ketahui untuk mula menghasilkan gambar dengan Digital Single Lens Reflex atau pun lebih dikenali sebagai “DSLR”. Sekarang ramai yang mempunya DSLR kerana ianya mampu dimiliki tapi tak ramai yang betul – betul faham dan mahir berkenaan perkara – perkara asas untuk menghasilkan gambar dari DSLR. Sebabnya kadang-kadang ramai orang yang tak faham, apakah tujuannya kita memiliki DSLR itu… Sekadar nak menunjuk-nunjuk, tak payahlah, gambar yang ditangkap pun macam seperti dari camera handset..

Baiklah, tak ingin bercakap banyak sangat berkenaan teknik dari sudut seni dan artistik tapi ingin jelaskan sedikit dari segi teknikal untuk menghasilkan gambar. Perkara yang paling asas yang sangat perlu dititik beratkan adalah tiga perkara iaitu Aperture, Shutter Speed dan ISO. Ianya Juga Dipanggil sebagai “Triangle Exposure” Jika kita faham dan mahir berkenaan tiga perkara ni maka kita sudah mampu menghasilkan gambar yang kita mahukan mengikut kreativiti kita. Pendeknya gambar-gambar yang cantik dan berkualiti..

Tiga Perkara Asas dalam cara-cara kita untuk mengsetkan Kamera kita adalah tiga perkara ini:

1: APERTURE

2:SHUTTER SPEED

3:ISO/ASA(camera Sensitivity)


5 Pictures, Images and Photos

Aperture : Aperture adalah bukaan lens atau kanta. Bukaan ini bertanggungjawab untuk mengawal kuantiti cahaya yang masuk dalam kamera. Semakin besar bukaan (semakin besar aperture / semakin kecil nilai f) semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera. Semakin kecil bukaan (semakin kecil aperture / semakin besar nilai f) maka hanya sedikit cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera. Aperture juga bertanggungjawab untuk menghasilkan background (kawasan di belakang subjek yang difokus) dan foreground (kawasan di hadapan subjek yang difokus) blur. Semakin besar aperture (semakin kecil nilai f), semakin blur background dan foreground. Semakin kecil aperture (semakin besar nilai f), semakin sharp background dan foreground.

Contoh aperture (nilai f kecil) besar adalah antara f/1.2 – f/2.8, manakala aperture sederhana adalah antara f/4 – f/8 manakala aperture kecil (nilai f besar) adalah antara f/11 – f/32.

Untuk menghasilkan background blur dan foreground blur yang maksimum, aperture yang besar perlu digunakan contohnya antara f/1.2 – f/2.8. Jika aperture yang lebih kecil digunakan kadar background dan foreground blur akan berkurang dan semuanya akan kelihatan lebih sharp.

Dalam keadaan kurang cahaya, aperture besar perlu digunakan supaya lebih banyak cahaya dapat masuk ke dalam kamera supaya shutter speed tidak terlalu rendah untuk kamera mengumpul cahaya dalam masa yang lama untuk mengelakkan kesan blur pada gambar yang disebabkan oleh pergerakan subjek atau tangan yang shaking.


Zinnia(50mm f/1.4 Ai)

Seperti gambar bunga zinnia merah ini Mengunakan Aperture seluas f/1.4 pada lens 50mm f/1.4 AI


7 Pictures, Images and Photos





6 Pictures, Images and Photos

Shutter Speed : Shutter speed adalah jangkamasa shutter kamera dibuka untuk membenarkan cahaya sampai ke sensor untuk sensor mengumpul cahaya. Terdapat beberapa peranan shutter speed yang utama iaitu untuk mengawal jangkamasa sensor terdedah kepada cahaya (untuk menghasilkan gambar yang elok dari segi dedahan iaitu tidak terlalu cerah atau terlalu gelap). Semakin tinggi shutter speed (semakin singkat masa dedahan), semakin sedikit cahaya dapat dikumpul. Semakin rendah shutter speed (semakin lama masa dedahan), semakin banyak cahaya dapat dikumpul. Ianya boleh diibaratkan baldi (sensor) untuk mengumpul air hujan (cahaya). Semakin lama terdedah kepada air hujan (cahaya), semakin banyak air di dalam baldi (semakin banyak cahaya dikumpul di sensor dan semakin cerah gambar). Shutter speed yang tinggi juga boleh digunakan untuk membekukan (freeze) pergerakan, contohnya orang yang berjalan akan kelihatan terhenti dan sebagainya. Shutter speed yang rendah akan menyebabkan kesan blur apabila terdapat sebarang pergerakan sama ada pergerakan subjek atau shaking pada tangan semasa mengambil gambar.

Pada DSLR Nikon nilai shutter speed akan dipaparkan pada LCD. Jika nilai yang dipaparkan adalah xxxx maka nilainya adalah 1/xxxx saat. Jika nilainya adalah xx” maka nilainya adalah xx saat.


8 Pictures, Images and Photos

ISO : ISO adalah kemampuan sensor kamera untuk boost kekuatan signal dari sensor untuk menaikkan sensitiviti sensor terhadap cahaya. Semakin tinggi ISO semakin sensitif sensor itu terhadap cahaya dan seterusnya tidak memerlukan shutter speed yang rendah untuk menghasilkan gambar yang bagus dan seterusnya mengurangkan risiko gambar blur disebabkan shaking ketika mengambil gambar pada shutter speed rendah. Dari sudut positif ISO yang tinggi bagus digunakan ketika dalam keadaan kurang cahaya untuk menghasilkan gambar yang elok tanpa kesan blur. Namun dari sudut negatifnya penggunaan ISO yang tinggi akan menyebabkan kesan noise dalam gambar iaitu gambar kelihatan berbintik – bintik. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kualiti gambar. Jadi jika boleh pastikan penggunaan ISO yang serendah mungkin sesuai dengan keadaan semasa.


Jadi apakah hubungan antara ketiga – tiga pembolehubah (aperture, shutter speed & ISO) ini? :

Ketiga – tiganya memainkan peranan untuk menghasilkan gambar yang tepat dan elok dari segi dedahan iaitu tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Jika aperture yang digunakan adalah kecil iaitu bukaan cahaya yang kecil maka shutter speed yang lebih rendah akan digunakan untuk mengumpul cahaya supaya cukup untuk menghasilkan gambar yang elok. Jika kita tidak ingin mengubah shutter speed kepada lebih rendah maka kita boleh tambahkan ISO supaya lebih sensitive kepada cahaya. Begitulah kaitannya.

Jika anda mampu menguasai ketiga – tiganya insyaAllah anda dapat menghasikan gambar mengikut kreativiti anda. Dan yang paling penting, konsep terhadap tiga perkara utama ini adalah untuk anda supaya mendapatkan gambar yang anda kehendaki iaitu gambo yang terang, tak gelap atau pun terlebih terang, gambar yang sharp tajam dan gambar yang tidak blur macam camera compact itu bila dalam keadaan yang tidak cukup cahaya dan tidak guna flash. Sebenarnya dalam buku manual tu terangkan dengan lebih jelas dari penjelasan saya di sini. Cuma ramai yang malas dan tak nakbaca buku manual, katanya susah sebab bahasa Inggeris la apa la, saya pun dulu rujuk satu persatu dalam kamus semasa baca buku manual. Sebab bila kita bersusah payah mendapatkannya kita akan menghargainya dan akan lebih ingat.


Tips penting :

1) Baca buku manual!! Jangan malas nak baca, ramai tanya berkenaan benda ini tapi bila tanya ada yang jawab tak faham la apa la, cuba fahami sendiri, nanti banyak kali baca akan faham la. Satu lagi jangan baca je buku manual, pegang kamera sekali supaya boleh cuba terus ape yang buku manual tu terangkan. Baca buku manual.. Baca buku manual.. Baca buku manual.. Tu penting. Sebab kalau anda dah faham buku manual anda tak perlu dah tanye saya sebab dalam tu dah ada segalanya.

2) Cuba sendiri.. Apa salahnya anda cuba dulu sendiri. Ramai orang tak cuba lagi tapi terus Tanya, apa cara nak hasilkan gambar macam tu dan macam ni. Bila anda cuba sendiri makin lama anda akan dapat konsep asasnya. Kene yakin dengan diri sendiri. Try an Error, dan practice make perfect, memang betul la tuh… Sumpah tak tipuu

3) Semua orang pun sama macam anda masa baru beli kamera tak tahu apa-apa benda. Lama – lama tengoklah nanti, memang confirm anda jadi superb daripada photographer-photographer yang lain. Yang penting jangan putus asa dan yakin dengan diri sendiri.

4) Cuba cari dalam buku manual macam mana nak guna mode P, A, S dan M. Bila anda dah kuasai tu terutama A dan M, dan ditambah lagi dengan penggunaan Aperture, Shutter Speed dan ISO insyaAllah nanti sekejap je anda boleh hasilkan gambar yang bagus – bagus.



10 Pictures, Images and Photos


Railway

Jika Anda baru memenggang atau pun baru sahaja hendak terlibat dalam bidang photography seperti ini, perjalanan anda masih lagi jauh.. banyak lagi perkara yang anda perlu belajar, kerana Photography merupakan lifetime learning... sampai tua pun anda tidak akan habis untuk belajar semua ini.... Jadi Teruskan Berusaha untuk berlajar ilmu-ilmu photography ini, kerana photography ini dan gambar-gambar yang anda tangkap merupakan sejarah yang anda rekod


Sekian Terima kasih =)



Friday, May 7, 2010

Ex SMK Seri Serdang Mini Gath..


Takkan Ku lepas kan ko, wahai sahabat kuh, Sahabat selamanyaaaa.. Forever and ever...

hehee..






Salam...

Hari ini... Iaitu pada tarikh 6 Mei 2010...

Ada juga gambar aku yang terselit di situ hasil cadangan Qairil yang menyuruh meletakkan camera di atas beg camera itu.. terharuuuu... hee

Bertempat di McDonald Sri Serdang, telah diadakan satu reunion ataupun gathering secaraberamai-ramai... Secara Amnya reunion untuk bekas-bekas pelajar yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serdang yang batch yang lahir pada tahun 1992. Gathering ini diadakan bertujuan mungkin perjumpaan terahir selepas tamatnya pengajian SPM, dan sebelumnya keberangkan semua sahabat-sahabat dan juga rakan-rakan untuk sambung belajar sama ada di matriks dan juga mana-mana universiti dan juga Ke politeknik...

Dikatanya dalam perancangan event datang lah pukul 12 tengah hari, dalam pukul 1 baru ramai yang sampai, aku sudah agak sebab memang mereka ini akan datang lambat, perutku memang sudah lapar... rasanya memang lambat jugak la masa nak makan, sibuk mengambil gambar-gambar meraka, sampai perut pedih baru nak pergi order makan, hahah..



Some Of their faces



Some Of their pose


Rabiatul Adawiyah. Old Friend dia ni nak sangat nak gambarnya diambil, jadi dapat pun, hehee..



Boleh dikatakan hari yang seronok lah jugak, sebab dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang dah lama tidak bertemu... Jadi memang banyaklah ceritanya yang ingin diceritakan. Lebih-lebih lagi aku nieh, nak mengambil gambar pun hilang kosentrasi untuk mengambil gambar kawan-kawan. Yang datang semasa waktu ini boleh lah dikatakan agak ramai iaitu dalam 40 orang, walaupun ramai lagi yang tidak hadir, sebab kerja lah, tak dapat nak cuti, yang duduk jauh, tiada kenderaan untuk sampai... dan lain-lain lagi...

Hmm.. Nak bercerita ni tak lah reti sangat... Sebab aku niebukan lah orang yang reti bercerita pun. Seperti biasa lah, dah nama pun reunion jadi mereka banyak lah berborak-borak dan borak, mengambil gambar, dan rasa sedih jugalah, sebabnya tiada siapa pun hendak bergambar dengan aku.. Jadi Sila tekan gambar-gambar itu untuk melihat gambar yang lebih besar lagi.... gambar semuanya yang diambil dalam seratus lima puluh gambar, amik masa dalam 5-6 jam untuk di proses mengunakan adobe photoshop 8, dan gambar-gambar yang terpilih untuk diuploadkan kedalam facebook lebih kurang 100 gambar sahaja....

last and but not least, aku dapat la jugak dapat berseronok mengambil gambar-gambar mereka, tapi yang terkejutnya, mereka mengumpulkan satu ringgit setiap seorang dan memberikannya pada aku, sebagai tanda penghargaan... =)

LOVE YOU GUYS SO MUCH !!!
and THE DATE OF 6th MAY 2010 !!!
THANKS FOR BROUGHT ME HAPPINESS, SADNESS, LAUGHT, GOSSIPS, and JOYS.
LOTS OF LOVE FROM ME, MOHAMAD AZHARI(Tiru ayat ernie, heheh) TO ALL MY DEAR FRIENDS OUT THERE ;)
Ini Mungking Gambo terakhir gambar2 Korang Yang aku Amek... jadi Ini Mungkin Kenangan Kita Bersama...

Aku Akan Ingat Korang Sampai bila-bila

Lebih-lebih lagi jikalau melihat gambar Ini balak Di masa hadapan Kelak

Percayalah, lagi beberapa tahun lagieh, atau Sepuloh tahun lagi, gambar-gambar ini akan menjadi Sebuah sejarah yang akan Dikenang

Rasa2nyer gambonya macam tiada ke, macam Sikit ke, padan muka, aku dah Siap Offer lagi siapa yang nak diambil gambo.. yang gambar orang banyak gambar tu sebab meraka mintak.. heheh


Copyright (c) 2010 Mohamad Azhari Bin Hishamuddin.



Wednesday, May 5, 2010

SKS 1999-2004 Mini Reunion

Salam..

SKS Gathering Ini Telah Dijalankan Pada 3 Mei 2010

Rasa Gembira apabila menemui rakan-rakan yang memang sudah lama tak ditemui..



Tempat dan lokasi? Sangat Simple, hanya lah di sekolah itu sendiri iaitu Sekolah Kebangsaan Serdang.. Memang mudah bukan tempatnya? Kami berjumpa, Berjumpa Dengan rakan-rakan lama... berjumpa dengan Cikgu yang masih mengajar di sana, walaupun telah ramai cikgu yang telah pun pencen atau pun berpindah. Antara cikgu-cikgu yang kami temui adalah Ustazah Norazita, Teacher Salmiyah dan juga Sir Solehan dan yang lain-lain..








Selepas itu kami semua pun berangkat ke McDonald Sri Serdang, untuk mengadakan sedikit jamuan makan(makan bayar sendiri saja).. then Semuanya tamat lebih kurang dalam pukul 3.30 ptg.. Sekian Terima kasih...

p/s: Sila tekan Pada gambar untuk melihat gambar yang lebih besar


My Gears And Equipment ;)

Panggil Diriku Zharie

My photo
Seri Kembangan, Serdang, Selangor, Malaysia
Blog baru Saje DiCipta, maka baru nak belajar Buat blog, memang tidak mengerti apa-apa, sebab tidak reti untuk mengubah suai, Blog akan di Update dari masa ke semasa

Peminat Setia, Jutaan Terima kaseh Kerana Sudi mengikuti Blog sayer ;D